Visitors

Today56
Yesterday75
This week531
This month1709
Total157124

Visitor IP : 23.20.86.177 Visitor Info : Unknown - Unknown Sunday, 22 October 2017 16:04

Who Is Online

Guests : 40 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb

T-SHIRT PRINTING

Percetakan baju sudah menjadi satu trend pada masa sekarang. Biasanya baju ditempah untuk sesuatu tujuan seperti untuk kelab, program, rewang dan acara sukan malahan untuk jualan pun tidak kurang banyaknya.

 

Apakah jenis kain yang boleh dicetak?

Terdapat pelbagai jenis baju dipasaran. Antara yang paling banyak dan mudah digunakan untuk dicetak adalah jenis Cotton, Microfiber (jersey) dan Honey Comb. Manakala F1 Uniform yang biasa digunakan adalah jenis Viscose.

 

Contoh jenama baju

 

Apakah jenis percetakan yang digunakan?

Di dalam proses percetakan baju, banyak kaedah boleh digunakan. Antara kaedah yang paling popular ialah Embroidery (sulam), Silkscreen Printing (rubber die) dan Heat Transfer. Setiap jenis percetakan mempunyai kualiti tersendiri.

Contoh jenis percetakan
 

Bagaimanakah harga percetakan baju dikira?

Percetakan baju dikira mengikut jenis baju, kuantiti dan jenis percetakan. Setiap syarikat biasanya mempunyai MOQ (minimum order quantity). Bagi percetakan Embroidery biasanya harga dikira mengikut kuantiti baju dan jenis sulaman. Jika sulaman logo harga akan menjadi agak tinggi berbanding sulaman nama dan perkataan. Bagi percetakan Silkscreen pula harga dikira mengikut jenis baju, kuantiti baju, bilangan warna untuk dicetak dan saiz cetakan (A4 / A3). Bagi percetakan jenis Heat Transfer, harga bergantung pada jenis baju dan saiz cetakan (A4 / A3).

 

Dimanakah anda patut mencetak baju anda?

Jika anda sudah berjaya mereka design anda atau mempunyai design untuk dicetak bolehlah anda menghantar design anda ke kedai-kedai percetakan baju. Sudah pastinya anda ingin mendapatkan khidmat daripada kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan kualiti yang terjamin. Jika itu pilihan anda, kami di Printingmurah2u sedia memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Ataupun anda boleh design disini: http://www.customink.com/

Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh baju yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah baju yang kami cetak mempunyai cetakan warna seperti yang anda kehendaki dan dijamin tahan lama (bergantung kepada cetakan yang digunakan).

 
Contoh Baju
 
Untuk tempahan & maklumat lanjut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.