Visitors

Today1
Yesterday83
This week220
This month985
Total161300

Visitor IP : 54.221.73.186 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 14 December 2017 00:40

Who Is Online

Guests : 42 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb

BANNER & BANTING

Banner/Banting atau dipanggil kain rentang adalah salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang baik dan berkesan. Perkara utama yang perlu ditekankan dalam medium ini ialah design dengan imej dan warna yang attractive serta tempat yang strategik. Keberkesanan iklan melalui banner/banting ini sangat bergantung kepada design dan tempat ianya diletakkan.

 

Apakah material yang digunakan?

Material atau bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan banner/banting adalah seperti Tarpaulin, Vinyl, Synthetic Paper, Kovex dan lain-lain. Manakala kualiti printing adalah berbeza mengikut dpi (dot per inch).


Bagaimana banner/banting boleh membantu anda?

Amatlah tepat jika anda mencetak banner.banitng sebagai satu medium pengiklanan bisnes anda. Cuba anda buat kira-kira mudah pulangan yang anda mungkin dapat hasil daripada iklan anda:

  • Kos untuk 20 keping banner/banting berzais 2' x 2' = RM80
  • Anda ingin menjual hartanah berharga RM120,000
  • Bayangkan jika banner/banting anda berjaya menarik pembeli bermakna anda sudah memperoleh RM120,000 dengan hanya kos iklan semurah RM80 sahaja
  • Bermakna sales anda hasil daripada edaran banner/banting adalah sebanyak RM120,000 !!!

Bagaimana design banner/banting?

Banner atau kain rentang biasanya berbentuk melintang, manakala banting berbentuk menegak. Saiz banner/banting bergantung kepada kehendak anda dan bersesuaian dengan tujuan ia dicetak.

 

Tips design banner/bunting

 1.  Dimanakah anda ingin menggantungkan banner/banting anda?

Anda perlu memilih saiz yang bersesuaian dengan tempat yang anda ingin gantung banner/banting tersebut. Jika kawasan itu sempit maka saiz banner/banting itu perlulah dalam saiz kecil.

 2.  Apakah tujuan anda mencetak banner/banting tersebut?

Anda haruslah jelas dengan tujuan anda. Jika ia untuk hebahan sesuatu acara maka anda perlu menghighlightkan nama acara, tarikh, masa dan tempat. Jika tujuan anda untuk mempromosikan jualan anda maka anda perlu menghighlightkan nombor telefon, harga dan produk anda.

 3.  Apakah software yang terbaik untuk anda mereka design anda?

Dalam mereka design, anda perlu tahu menggunakan paling kurang satu jenis software yang sesuai. Antara contoh perisian yang biasa digunakan dalam mereka design banner/banting ialah Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Corel Draw dan lain-lain lagi. Anda boleh menggunakan software yang bukan direka khusus untuk mereka design seperti Microsoft Power Point, Photoscape dan lain-lain, namun kualitinya amatlah rendah dan mungkin design anda akan pecah.

  4. Dimanakah anda patut mencetak banner/banting anda?

Jika anda sudah berjaya mereka design anda bolehlah anda menghantar design anda ke kedai-kedai printing. Sudah pastinya anda ingin mendapatkan khidmat daripada kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan kualiti yang terjamin. Jika itu pilihan anda, kami di Printingmurah2u sedia memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

 

Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh banner/banting yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah banner/banting yang kami cetak mempunyai cetakan warna seperti yang anda kehendaki dan dijamin tahan lama (bergantung kepada material yang digunakan).

 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.