Visitors

Today1
Yesterday83
This week220
This month985
Total161300

Visitor IP : 54.221.73.186 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 14 December 2017 00:36

Who Is Online

Guests : 22 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb

FLYERS & BROCHURE

Flyers atau dipanggil risalah merupakan salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang sangat baik dan berkesan. Saiznya yang kecil amat mudah disimpan untuk dijadikan rujukan di kemudian hari. Perkara utama yang perlu ditekankan dalam medium ini ialah design dengan imej dan warna yang menarik serta tempat yang strategik dan saiz flyers yang sesuai.

Untuk menjadikan pengiklanan dah hebahan anda lebih efektif, flyers perlulah diletakkan di banyak kawasan supaya ianya lebih tersebar dan lebih viral. Kebiasaanya flyers diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan awam seperti masjid, pasaraya dan tempat-tempat rehat. Ada juga flyers yang diedar rumah ke rumah atau dikepilkan di dalam surat khabar atau majalah.

Tiada jumlah yang khusus dalam pengiklanan menggunakan flyers ini, tapi lagi banyak flyers diedar lagi berkesan iklan anda. Cuba anda bayangkan dengan kos flyers serendah RM0.05 sehelai mampu menjana pulangan ratusan malahan ribuan ringgit. Oleh itu, amatlah berbaloi jika anda mencetak lebih banyak flyers kerana kosnya yang amat murah dan mudah untuk diedar.

 

Apakah material yang digunakan?

Material atau bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan flyers adalah seperti Simili Paper, Art Paper, Art Card dan lain-lain lagi. Manakala kualiti printing adalah berbeza mengikut finishing sesuatu cetakan seperti Glossy, Matt, UV Spot dan lain-lain lagi. Harga flyers bergantung kepada material dan kuantiti yang anda inginkan.

 

Bagaimana flyers boleh membantu anda?

Amatlah tepat jika anda mencetak flyers sebagai satu medium pengiklanan bisnes anda. Cuba anda buat kira-kira mudah pulangan yang anda mungkin dapat hasil daripada edaran flyers anda:

  • Kos untuk 5000 keping flyers bersaiz A5 = RM275 (lebih kurang RM0.05 sehelai)
  • Anda ingin menjual produk berharga RM20.
  • Bayangkan jika 10% (500 keping) daripada flyers anda berjaya menarik pembeli bermakna anda sudah memperoleh (RM20 x 500 pembeli = RM10,000)
  • Bermakna sales anda hasil daripada edaran flyers adalah sebanyak RM10,000 !!!

 

Bagaimana design flyers?

Flyers dan brochure adalah 2 jenis produk yang sama tapi berbeza dari segi design. Flyers adalah berbentuk seperti helaian kertas tanpa lipatan (folding), manakala brochure mempunyai lipatan (folding) samada Z-fold, C-fold, Half-fold, Double-fold atau M-fold.

 

saiz flyers

 Tips design flyers dan brochure:

 1.  Siapakah target anda?

Anda perlu memilih target yang bersesuaian dengan produk atau iklan anda. Jika target anda ingin mengiklankan pusat tuisyen atau pusat asuhan, design anda haruslah sesuatu yang colourful dan bersesuaian dengan kanak-kanak.

 2.  Apakah saiz yang sesuai?

Anda haruslah jelas dengan target anda. Jika ianya adalah hebahan untuk ditampal di papan iklan (poster) maka saiz yang paling ideal adalah saiz A3 dan ke atas. Jika flyers anda untuk diedarkan rumah ke rumah saiz yang paling ideal adalah saiz A5 dan ke bawah kerana saiz yang kecil lebih mudah untuk diselit didalam mail box kawasan perumahan.

 3.  Apakah software yang terbaik untuk anda mereka design anda?

Dalam mereka design, anda perlu tahu menggunakan paling kurang satu jenis software yang sesuai. Antara contoh perisian yang biasa digunakan dalam mereka design banner/banting ialah Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Corel Draw dan lain-lain lagi. Anda boleh menggunakan software yang bukan direka khusus untuk mereka design seperti Microsoft Power Point, Photoscape dan lain-lain, namun kualitinya amatlah rendah dan mungkin design anda akan pecah.

  4. Dimanakah anda patut mencetak flyers anda?

Jika sudah berjaya mereka design anda bolehlah dihantar ke kedai-kedai printing. Sudah pastinya anda ingin mendapatkan khidmat daripada kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan kualiti yang terjamin. Jika itu pilihan anda, kami di Printingmurah2u sedia memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

 

Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh flyers dan brochure yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah flyers dan brochure yang kami cetak mempunyai cetakan warna seperti yang anda kehendaki dan dijamin tahan lama (bergantung kepada material yang digunakan).

 

 Untuk tempahan & maklumat lanjut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.